Friday, August 14, 2009

♥ZoDiaK aQuaRiuS ♥

Ciri Positif
Orang yang
lahir pada tarikh antara
20 Januari hingga
18 Febuari
dikatakan bernaung di bawah
zodiak Aquarius, yang berlambang

gelombang (alur air)
. Anda meminati
pengembaraan, berjiwa kemanusiaan, ingin tahu, ada semangat berontak, bersikap
spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia.

Ciri Negatif

Walau bagaimana
pun,ada kalanya Aquarius

menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah, memberontak, taklengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah, dan mendatangkan bencana.

Kualiti astrologi
Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk
kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik
untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil.
Lambang-lambang
yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah
TAURUS,LEO dan SCORPIO.
Lambang
Gelombang
(Alur air)
Kunci Kata
Kemanusiaan
Kekuatan
Keunikan dan
wawasan
Perlu Perbaiki Rasa
hormat pada
ego
orang lain
dan
cinta peribadi
Cepat Mesra
Dengan
Gemini
Perlu Belajar
Daripada
Leo
Untuk Keselamatan
Berpaling
Kepada
Taurus
Kerjaya Boleh
Dipergaruhi
Oleh
Scorpio
Perkara Kerohanian Mudah
Dibantu Oleh

Capricorn dan/
atau Libra
Warna Kesukaan Biru
Kilat dan/
atau Kelabu
Warna Yang
Membuahkan
Cinta, Asmara
Dan Harmoni
Emas
dan/
atau Oren
Warna Yang Menampilkan
Kehebatan Diri
Warna
Air (Aqua)
Batu Permata Mutiara
Hitam; Baiduri;
Biru Nilam
Logam Plumbum
Bau-bauan Azelea
dan/atau
Bunga Cina
(Gardenia)
Hari Terbaik Sabtu


Aquarius Gelagat Perhubungan
Anda yang dilahirkan berzodiak Aquarius ini
, sangat terbuka. Demikian juga dalam soal asmara. Anda memilih kawan atau
pasangan terutama kerana daya tarik intelektual, bukan raut muka dan bentuk
badan.Aquarius ini menyintai kebebasan sehingga tidak mungkin berdamping dengan
seseorang yang pengongkong. Kegemaran pada kegiatan luar rumah menjadikan anda
tidak berminat menjadi ‘ratu dapur’. Walaupun semacam dingin dan individu, namun
Aquarius setia orangnya !


Teman atau
kekasih yang secocok bagi Aquarius adalah

Aries
(21 Mac – 20 April )
dan
Gemini
(21 Mei - 20 Jun).
Walau bagaimana pun, anda perlu bersabar lebih apabila berdamping dengan

Capricorn ( 21
Disember – 19 Januari )
dan
Virgo
( 22 Ogos – 22
September )
.


Aries merupakan pendamping yang sesuai bagi
Aquarius. Semangat Aries yang tinggi untuk menambah ilmu menarik perhatian
Aquarius. Aries sebaliknya menyenangi sikap Aquarius yang terbuka.Gemini pula
mempunyai persamaan dengan Aquarius. Kedua – duanya memandang daya intelektual
bukannya rupa dan tubuh badan semata – mata. Keinginan Aquarius memburu kerjaya
turut disenangi oleh Gemini.


Oleh sebab Aquarius bersikap dingin, anda sukar berdamping dengan Capricorn yang sikapnya tertutup. Namun
begitu, anda berdua sama – sama cerdas dan memendam rasa. Seterusnya, anda
mungkin kurang sesuai berdamping dengan Virgo. Hidup anda menjadi kaku dan
mendatar apabila berpasangan denganVirgo yang serius.


Aquarius Kerjaya dan kewangan
Kelahiran Aquarius ini biasanya tekun bekerja dan ingin
orang lain sama tekun bekerja sama. Lantaran itu Aquarius gemarkan kerjaya yang
mengikat dirinya dengan asas kefalsafahan , kekreatifan dan berlandaskan kaedah
serta teknik yang tersusun.


Aquarius cepat menguasai kerjaya dan berupaya menyumbang
idea bagi peningkatan diri dan organisasi, dan gemar membantu teman sekerja.
Walau bagaimana pun, untuk berjaya ke matlamat kerjaya yang tertinggi , anda
perlu mengembangkan sensitiviti emosi, perasaan mendalam dan kesabaran yang tinggi.


Dari segi perolehan wang ,
kelahiran Aquarius cenderung bersikap idealistik dan kemanusiaan. Anda biasanya
pemurah dan suka menyumbang untuk sosial dan politik tetapi tanpa mengharap
balasan atau sanjungan.

Aquarius memerlukan wang
untuk keperluan yang berfaedah bagi diri, keluarga atau orang lain. Tetapi bukan
untuk status diri sendiri semata – mata.


Aquarius Keluarga dan Rumahtangga
Dalam keluarga dan rumah tangga, kelahiran
Aquarius mudah berubah, iaitu tidak stabil. Namun , anda tetap inginkan sebuah
rumah yang baik untuk melayan keluarga dan kawan.

Demi keharmonian rumah tangga dan keluarga,
anda perlu memasukkan ciri-ciri kestabilan dan kauliti. Di samping mengutamakan
daya intelektual , anda sebenarnya perlu meresapkan cinta ke dalam rumah dan
keluarga.


p/s:jangan percaya,hanya sekadar hiburan..kalau betul,itu kebetulan shj...hahahaxD




Labels: , ,