LasT NiGHT...WaTcHinG uPiN&iPiN...(^_^)
Stesen televisyen LCTV bersiaran langsung dari Kampung Durian Runtuh untuk meliputi kejadian kecurian durian yang ganjil. Tok Dalang muncul di kaca TV untuk menceritakan fasal "Hantu Durian" yang menggerunkan penduduk kampung. Di Kuala Lumpur, Badrol, cucu Tok Dalang, bersama kawannya Lim menonton telatah datuknya, kebetulan mereka bersiap sedia untuk menziarahinya pada hari keesokannya.
Pada pagi keesokan, Badrol dan Lim bertolak ke Kampung Durian Runtuh dengan menaiki bas, tetapi bas rosak di tengah jalan, walaupun cuma 5 km dari kampung. Mereka berdua terpaksa berjalan kaki (Lim pula dibebani beg yang berat diisi barang-barang yang tidak penting) sehingga tibanya lori Pak Mail dan Singh. Dalam lori, Pak Mail menceritakan misteri Hantu Durian kepada kedua-dua pemuda ini.
Setibanya di kampung, mereka bertemu dengan Muthu untuk bertanya jalan. Muthu menyuruh si kembar Upin dan Ipin yang asyik mengacaunya, agar menemani Badrul dan Lim ke sana, diikuti sekali oleh Ros, kakak kepada Upin dan Ipin.
Setibanya di rumah Tok Dalang, selepas berehat sejenak, mereka mencuba motosikal yang diletak di kawasan rumah Tok Dalang. Lagak mereka meriuhkan suasana sepanjang jalan-jalan kampung, sehingga mereka bertembung dengan Rajoo dan Sapy, menyebabkan alat radio Rajoo tercicir ke dalam air. Rajoo mengugut mereka untuk menggantikan radionya yang rosak itu, jadi Lim terpaksa berjanji untuk menyerahkan pemain CD kepadanya pada keesokan hari.
Pada waktu malam, Tok Dalang menceritakan lagi misteri Hantu Durian kepada Badrol dan Lim. Ketika waktu tidur, Lim tercari-cari tandas tetapi tidur balik gara-gara perasaan ngeri, memandangkan bilik tandas tidak sebumbung dengan rumah.
Bermulanya hari yang baru, Tok Dalang memesan Rajoo agar membawa Badrol dan Lim ke dusunnya dengan menaiki kereta lembu yang digerakkan oleh Sapy. Dalam perjalanan, Rajoo menunjuk-nunjukkan bakat bercakap dengan haiwan, Upin dan Ipin menaiki kereta sambil diawasi Ros, dan seluruh kampung menyanyi dan menari untuk meraikan kedamaian masyarakat desa. Setibanya di dusun, Badrol dan Lim menunggu buah durian gugur. Apabila kedengaran durian gugur, sayangnya buah-buah itu dicuri makan dengan begitu pantas.
Ketika Badrol dan Lim menyiasat fenomena ini, Upin, Ipin dan Rajoo merayau-rayau pula. Di dalam hutan mereka bertemu dengan sesuatu makhluk kecil berbulu merah putih yang aneh dan seolah-olah boleh bertutur dalam bahasa seakan manusia. Mereka mengejar-ngejar mahkluk itu jauh ke dalam hutan yang mereka tidak biasa alami, sambil membahayakan diri mereka. Rajoo menterjemahkan kata-kata makhluk itu dan daripada itulah kita tahu namanya "Oopet". Badrol, Lim dan Ros sempat mencari mereka, tetapi akibatnya mereka berenam sesat di hutan.
Hari sudah senja, dan orang-orang tua di kampung mula risau dengan anak cucu masing-masing. Maka Tok Dalang, Mak Uda dan Muthu melancarkan operasi pencarian. Enam orang muda yang bermalam di hutan digemparkan dengan bunyi-bunyi bising. Tiba-tiba muncul seekor makhluk ganas berwajah tengkorak yang bertanduk kerbau, bermancung dan bergigi panjang dan badannya berduri, dan di sinilah budak-budak bandar terpisah dari budak-budak kampung.
Oopet membawa Ros, Rajoo, Upin dan Ipin ke dalam kawasan kelam untuk berteduh, tetapi diancam pula oleh seekor ular tedung raksasa dan sekawan lintah gergasi. Apabila mereka selamat lagi, Oopet mendapat ruang untuk menceritakan asal-usulnya. Dalam sedutan imbas kembali, Oopet dan ibunya tinggal di sebuah dunia berlainan yang penuh warna-warni. Ketika mengejar serangga, Oopet melalui gerbang ke dunia kita lalu bertembung dengan raksasa tengkorak dalam suasana yang kelam dan ngeri. Ibunya datang untuk melindunginya tetapi diculik oleh raksasa tersebut.
Tak lama kemudian, mereka berempat menyedari selama ini Badrol dan Lim diculik oleh raksasa tengkorak tersebut, yang rupa-rupanya adalah Singh yang menyamar! Singh membantu Pak Mail menyimpan rahsia iaitu makhluk besar luar biasa, iaitu ibu Oopet, untuk dijual. Oleh itu, anak-anak kampung bertungkus-lumus untuk menyelamatkan Badrol dan Lim dan juga ibu Oopet. Apabila Pak Mail menyedari perkara ini, maka timbulnya huru-hara apabila dia dan konco-konconya Singh dan Sally bertarung dengan Oopet dan keenam-enam budak itu.
Di tengah perbalahan, ibu Oopet menyaksikan anaknya pengsan lalu bertukar menjadi gergasi dan garang lalu menyerang sesiapa sahaja di perkarangan rumah Pak Mail. Di samping mengerjakan Pak Mail dan konco-konconya, ibu Oopet juga bertembung dengan ular tedung raksasa. Dalam saat-saat genting, Oopet kembali sedar lalu bergegas untuk memberi dorongan kepada ibunya dan meredakan keadaan. Ular tedung itu berjaya ditewaskan.
Sudah tiba masanya Oopet bepisah dengan rakan-rakan manusianya kerana ibunya menegah manusia untuk datang ke dunia asal dua makhluk beranak ini. Akhirnya keenam-enam budak ditemui orang tua mereka, dan mulai saat itu, enam sekawan menggelar diri mereka satu "geng".
Pak Mail dan Singh pula termasuk ke dalam alam Oopet. Apabila menyangka diri mereka bernasib baik kerana banyaknya hasil buruan, mereka tetap tidak diundang oleh penduduk alam tersebut.
P/s: Saper2 xtengok lagi kartun ni..lebih baik tengok..memang best giler lah weyy...hehe..xP
Credit to: Wikipedia The Free Encyclopedia, Image google
Labels: kartun malaysia, upin dan ipin the movie
<< Home